Sedar tak sedar sudah masuk 10 hari kita berpuasa. Ku masih belum berkesempatan pulang ke rumah bersahur dan berbuka bersama keluarga. Sungguh ku nantikan saat itu. InsyaAllah 2 minggu lagi. Tunggu kepulanganku... :D
Seperti Ramadhan yang lepas-lepas, mak akan membuat beberapa jenis kuih-muih untuk di hantar ke gerai-gerai di bazar. Cuma yang bezanya, tahun ni mak kurang sorang kakitangan setianya (diriku), huhu... Bersilat sorang-soranglah mak kat dapur ya? ;)
Dulu ku selalu mengeluh bila nak puasa. Sebab dah dapat bayangkan tugasku daripada pagi hingga ke petang. Kadang-kadang terasa cemburu dengan kawan-kawan lain sebabnya waktu siang mereka boleh rehat, tak perlu buat kerja apa-apa, tapi lain pula dengan ku. Tapi sekarang, ku dah tak kisah, malahan ku rindukan saat 'penat' itu. Jika aku penat, mak apatah lagi, berganda-ganda lagi penatnya. Oh, Hasnah teruknya kamu. Pentingkan diri!!! :(
Ok, bercerita aktiviti puasa di rumah, selepas saja solat subuh, seperti biasa ku menjalankan tugas sebagai anak dara di rumah. Mengemas, membasuh dan menyidai pakaian. Mak pulak dah mula dengan persediaan membuat kuih-muihnya. Antara kuih-muih untuk jualan seperti popia goreng bersira, karipap, talam berlauk, talam keladi, lapis kacang, lapis koko, cara manis dan cara berlauk. Oleh sebab kekurangan kakitangan, maka jenis-jenis kuih terpaksa di kurangkan berbanding sebelumnya.
Selalunya mak buat kulit popia dulu. Sebab kuantiti yang agak banyak. Ni bukan kepakaranku jadi memang ku tak dapat tolong, sebabnya ku memang tak reti nak menepek tepung atas kuali yang panas. Yang pro dalam bidang ni cuma mak, abah dan abangku yang sulung. Pernah jugak ku cuba, akibatnya tanganku melecur dan kulit popia tu pulak dah jadi macam lempeng. hehe...
Selesai buat semua kerja-kerja rumah, barulah ku mulakan tugasku membuat kuih. Selalunya, gulung, goreng dan sira popia, buat kuih cara manis dan cara berlauk memang tugasku. Segala hal berkaitan dengannya telah mak serahkan sepenuhnya padaku. Kuih-kuih yang lain, mak yang uruskan.
Mujur abah sudah pencen, maka secara tidak langsung dia merangkap pembantu mak di dapur. Selain tugasnya ke pasar membeli barang-barang dapur, abah jugak membantu ku menggulung popia. Mahu patah juga pinggang kalau ku gulung sendirian. Sehari, jumlah yang perlu di gulung antara seratus ke dua ratus ketul. Nasib baik abah tolong. Oh ya, yang tak boleh ku terima, gulungan popia abah lagi kemas dari gulunganku sendiri. haha... apelah kamu Hasnah, tangan tak ada seni! :D
Jam 2 - 3 petang, biasanya semua dah selesai. Lepas solat zohor, ku teman mak menghantar kuih-kuih tadi ke gerai-gerai di bazar. Balik semula ke rumah kemas-kemas dapur, basuh apa-apa yang patut, mengemop dan mengelap bagai, kemudian barulah dapat kami rehat. Jam dah pukul 4 lebih. Jadi, rehat pun x la lama mana, sebab dah kena ke dapur semula masak untuk juadah berbuka. Petang mak akan ke bazar untuk ambil duit kuih, tinggal lah ku sendirian menyediakan juadah berbuka untuk keluarga.
gambar hiasan
Malam, macam biasa solat maghrib di rumah, kemudian ke dewan taman untuk solat isya' dan terawikh. Balik terawikh, mak terus dengan tugasan seterusnya menyiapkan tempahan jahitan. Ku cuma jadi pemerhati dan teman bersembang untuk elakkan mak mengantuk. Tapi akhirnya ku yang tewas dulu. hehe... Esoknya? Bermulalah hari-hariku dengan jadual yang sama... :)
p/s1: Moga segala amalan yang kita lakukan di terimaNya, insyaAllah. :)
p/s2: Salam kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Moga kita dapat memerdekakan diri kita daripada pemikiran yang sempit dan sifat-sifat yang negatif.